Sunday, May 15, 2011

PESANAN KEPADA GURU-GURU: Pesanan Allahyarhamah Ustazah Hambiah (guru agamaku SK Tengkek) kepada Uztazah Khuzaimah Sulaiman (Bekas Pengetua Jusa C) - Dari Buku Jejak Pengetua Super

1. " Bersyukurlah kepada Allah kerana kamu telah mendapat pekerjaan sebagai guru, kakitangan kerajaan
      bergaji tetap dan akan dapat pencen sekiranya panjang umur".

2. " Jauhi diri dari melawan Guru Besar (hormati ketua), jika lawan ketua, kamu akan susah nanti.
      Berbincanglah sekiranya menghadapi masalah, bercakaplah dengan elok dan jangan sekali-kali sakitkan
      hati orang."
3. " Jauhi sama sekali ponteng bekerja, supaya halal setiap sen gaji yang kamu terima."

4. " Sekiranya kamu sakit atau kurang sihat, jika kamu masih terdaya pergi ke sekolah, kamu kena pergi,
      sebab murid kamu akan terbiar sekiranya tiada guru ganti. Bekerja sebagai guru berbeza dengan bekerja
      sebagai  pegawai di pejabat, mereka di pejabat menghadap fail, tapi kamu menghadap murid..."

5. " Berbuat baiklah kamu dengan semua orang walaupun orang itu berbuiat jahat kepada kamu. Sedikit pun
      tidak rugi jika kamu berbuat baik kepada orang, malahan kamu akan mendapat untung."

6. " Ibu tidak ada harta kekayaan yang hendak diberikan kepada kamu. Dengan kelulusan dan pekerjaan
      yang kamu sudah dapat sekarang, itulah harta dari ibu. Ingatlah, setiap yang kita miliki biarlah berkat."

No comments:

Post a Comment