Thursday, August 20, 2009

KAEDAH MEMBUAT PETA MINDA

Pengenalan:
PETA MINDA  yang diperkenalkan oleh Tony Buzan pada tahun 1974 , merupakan satu teknik lakaran yang boleh digunakan untuk mencatat nota . Teknik ini mengambil kira faktor-faktor berhubung fungsi otak  dan faktor-faktor yang membantu ingatan. Otak akan lebih mudah menyimpan dan mengingat kembali maklumat-maklumat yang tersusun, ada hubung kait, mempunyai imej yang jelas, berkelompok dan mempunyai ciri-ciri tersendiri. Peta minda yang baik dan efektif sepatutnya mempunyai ciri-ciri yang dinyatakan di atas.

       Dr. Gordon Howe, dari Universiti Exerter, dan bebrapa orang penyelidik lain telah menjalankan kajian tentang berbagai-bagai teknik membuat nota. Mereka semuanya bersetuju bahawa nota penting untuk pembelajaran tetapi nota yang baik adalah nota yang sedikit. Didapati juga kadar ingatan kembali bagi nota yang menggunakan kata kunci adalah lebih tinggi daripada nota yang tiada kata kunci. kata kunci merupakan perkataan yang signifikan bagi menggambarkan maklumat yang lebih bermakna daripada perkataan-perkataan lain.
                                                   MELAKAR PETA MINDA

      Suatu binaan di atas suatu satah (kertas) di mana isi -isi penting/ utama diletakkan di tengah-tengah dan idea -idea lain yang berkaitan dikembangkan di luar idea utama.

                                                    LANGKAH-LANGKAH MEMBINA PETA MINDA

1. Pilih idea/ konsep utama dan diletakkan di tengah-tengah . Boleh gunakan gambar/ rajah.
2. Kenal pasti idea-idea penting yang berikutnya dan ditulis berhampiran dengah idea utama. seterusnya  
    kembangkan dengan idea-idea yang lebih spesifik/detail.
3. Hubungan idea utama dengan idea-idea penting dan idea-idea spesifik ditunjukkan dengan menggunakan
    garisan dan kata penghubung. garis-garis penghubung hendaklah bersambungan di antara  satu sama lain.
4. Seelok-eloknya satu kata penghubung digunakan bagi satu garis penghubung.
5. Boleh juga menggunakan warna/ corak atau rajah sebagai membezakan antara satu idea dengan idea yang
    lain.

                                                      SUMBER ALAT-ALAT BERFIKIR IAB, 1994:26


Bagi peta minda yang tinggi peningkatnya tambahan-tambahan berikut boleh digunakan.

1. Anak panah
2. Kod-kod
3. Bentuk geometri
4. Bentuk tiga matra.

                                                      PETA SEMANTIK:

        Suatu bentuk lakaran yang meletakkan tema, tajuk atau  idea utama di tengah-tengah. Berdasarkan tema tersebut kata-kata kunci yang mempunyai perkaitan makna sama ada yang tersurat atau tersirat dikembangkan. Pemetaan semantik merupakan kerangka karangan berdasarkan sesuatu tema atau tajuk.

        Daripada kajian itu juga, teknik-teknik membuat nota telah diberi pangkatan mengikut urutan dari yzang tidak berkesan kepada yang paling berkesan seperti berikut:
1. Tiada nota langsung ( teknik yang paling tidak berkesan)
2. Transkrip lenmgkap yang diberi oleh pensyarah atau guru.
3. Transkrip lengkap yang dibuat oleh pelajar.
4. Nota dalam bentuk ayat-ayat yang diberi oleh pensyarah atau guru.
5. Nota dalam bentuk ayat-ayat yang dibuat oleh pelajar
6. Nota kata kunci yang diberi oleh pensyarah atau guru
7. Nota kunci yang dibuat oleh pelajar.

       Dengan itu jelaslah bahawa nota yang panjang lebar tidak membantu pelajar. Pelajar seharusnya cuba menggunakan kata kunci kerana melalui cara inilah juga minda menyimpan dan mengeluarkan maklumat. Selalunya kata kunci ini terdiri daripada kata nama dan kata kerja. Dengan menggunakan kata kunci, kepantasan membuat nota dan keberkesanan nota meningkat., usaha untuk mengingat kembali juga menjadi lebih mudah. Disebabkan itulah dalam peta minda hanya digunakan kata kunci.

                                          Cara melakar peta minda:


1. Mulakan dengan imej atau simbol berwarna untuk menggambarkan tajuk di tengah-tengah kertas.
2. Gunakan banyak simbol untuk keseluruhan peta minda.
3. Perkataan ditulis dengan jelas, gunakan huruf besar (mudah untuk dibaca)
4. Perkataan ditulis atas garuisan
5. Garisan-garisan dalam kelompok yang sama  bersambung antara satu sama lain.
6. Gunakan satu perkataan (kata kunci) atas satu garisan
7. Gunakan warna untuk keseluruhan peta minda
8. Lakarlah dengan bebas, jangan fikirkan di mana hendak diletakkan sesuatu item, jangan fikirkan sama ada
    sesuatu item itu hendak dimasukkan atau tidak. Langkah untuk menyusun atau memperkemas peta minda
    boleh dibuat.

         Peraturan-peraturan di atas bukanlah sekadar peraturan sahaja. ia dijadikan prinsip untuk peta minda kerana ada kaitan dengan daya ingatan dan fungsi otak. setiap satu peraturan di atas juga berperanan ke arah membantu dan memudahkan proses penyimpanan maklumat serta memudahkan ingatan kembali.
     
          Imej berwarna, kata kunci yang ditulis di atas garisan, garisan-garisan yang bersambung semuanya berfungsi untuk menghasilkan satu lakaran yang berstruktur, mantap dan bahagian-bahagian yang saling berkaitan. Garisan-garisan dalam peta minda bermula dari pusat membentuk beberapa kelompok. Ciri ini juga berkait dengan kemampuan daya ingatan jangka pendek yang hanya dapat mengingat item-item secara berkelompok. Pastikan setiap pusat tidak lebih daripada tujuh atau lapan kelompok.

       Selain itu, imej yang berbeza dan warna pada setiap pusat menjadikan tiap-tiap satu kelompok itu jelas dan unik. Selalunya, apa sahaja yang berbeza akan mendapat perhatian dabn mudah diingat.

       Dengan mengetahui peraturan-peraturan melakar peta minda dan kenapa peraturan itu dibuat, sudah tentu akan meyakinkan pelajar untuk cuba mengambil atau mencatat nota dengan teknik ini. Pada peringkat awal mungkin pelajar-pelajar akan menghadapi masalah untuk melakar peta minda, tetapi alah bisa, tegal  biasa.

                                            Kelebihan lakaran  dan pemetaan:


1. Lakaran dapat memberi gambaran keseluruhan. Dengan sekali pandang, pelajar akan dapat meneliti
    bahagian-bahagian dan hubungkait setiap bahagian dengan keseluruhan tajuk.
2. Dapat memberi gambaran yang jelas dan luas tanpa menggunakan banyak ruang atau perkataan.
3. Lakaran memupuk pemikiran nonlinear kerana ia boleh dibaca tidak kira dari kiri ke kanan, kanan ke kiri,
    atas ke bnawah atau sebaliknya.
4. Apabila pelajar selesai membuat lakaran untuk sesuatu tajuk bermakna ia telah membuat ringkasan bagi
    tajuk tersebut.
5. Mudah dan menarik untuk mengulangkaji.
6. Meningkatkan kemahiran berfikir membuat analisis dan sintesis.
7. Meningkatkan kreativiti.

     Kemahiran mencatat nota amat perlu untuk semua pelajar. tanpa kemahiran ini, usaha untuk mengumpul
     maklumat akan terjejas.

                Ciri-ciri nota yang baik dan yang patut dihasilkan oleh pelajar adalah seperti berikut:


1. Dicatat pada buku khas.
2. Mengandungi rangka dasar shaja
3. Terdiri daripada isi-isi penting
4. Catatan adalah terang dan mudah dibaca
5. Ada butir rujukan tajuk, nama penceramah dan tarikh.
6. Terdapat simbol, lambang , rajah  dan lakaran grafik.
7. Terdapat tanda-tanda seperti garisan, bulatan , bintag (*) untuk menunjukkan perkara-perkara yang perlu
    diberi perhatian.
8. Terdapat ruangan untuk kata kunci dan isi-isi utama nota tambahan. Ciri ini khusus untuk nota yang dicatat
    berdasarkan ruangan seperti yang disarankan  pada halaman.
9. Bagi nota dalam bentuk peta minda, pastikan ia mematuhi ciri-ciri dan peraturan yang telah ditetapkan.

          Kalau selama ini anda membuat nota secara linear, dengan menulis ayat-ayat baris demi baris, kenapa tidak anda cuba mencatat nota secara melakar pula? Anda boleh juga cuba menggunakan peta minda. Sekarang anda mempunyai beberapa pilihan. Mungkin anda tidak mahu menggunakan lakaran atau pemetaan sahaja. Anda masih  boleh menggunakan cara linear, tetapi cuba gabung jalinkan teknik-teknik yang telah dibincangkan. Hanya anda yang dapat menentukan teknik mana yang paling sesuai untuk diri anda. Yang pasti, anda harus cuba dahulu, dan buat pilihan kemudian.

                                                       Membuat Rujukan :


          Setelah kita mengetyahui kepentingan kemahiran belajar serta kaedah-kaedah utama seperti mendengar secara aktif, mencatat serta membuat nota, satu lagi aspek penting ialah membuat rujukan.


NOTA BENTUK NEUMONIK


      Terdapat berbagai jenis nota neumonik..

1. Perkataan awak ejaan dikaitakan dengan isi dan digabungkan  menjadi bunyi satu perkataan. 
 Contoh:
  Hendak mengingat 5 jenis enzim yang terdapat di ileum. notanya ialah:
  SMELL


                               S= Sukrase
                              M= Maltase
                              E= Erapsin
                              L= Laktase
                              L= Lipase


2. Perkataan awal ejaan fakta dikaitkan dengan isi penting dan digabungkan menjadi satu perkataan.
    Contohnya;
    Hendak mengingat faktor-faktor yang mempengaruhi iklim suatu tempat, notanya ialah;
    SHAM


                              S= Suhu
                              H= Hujan
                              A= Angin
                             M= Musim


3. Perkataan awal ejaan fakta dikaitkan dengan isi penting dan digabungkan menjadi satu 
    perkataan.
    Contoh;
    Hendak mengingat  formula Theorem Phythagoras, iaitu
 
    SOH   = Sin 0    = Opposite/ Hypotenuse
                              = Setentang/Sending

   CAH  = Kos 0   = Adjacent/Hypotenuse
                             = Sebelahan/ Sending

   TOA  = Tan 0    = Opposite/ Adjacent
                             = Setentang/ Sebelahan
 

 4. Perkataan awal ejaan fakta digabungkan  menjadi ayat :
     Contohnya;
     Hendaklah mengingat sumbangan Khalifah Umar Al Khattab dalam bidang politik, sosial dan ekonomi

     Sumbangan dan politik:
   
      Dia Pergi Majlis Bersama Latifah Janda Tua
       D = Dasar
       P =  Pecat
       M= Majlis
       B = Bahagian
       L = Lantik
       J = Jabatan
       T= Tanah

      Sumbangan dalam bidang sosial
   
      Tipah Hilang Kak Su Masa ke Taiwan

      T= Tempat
      H= Hantar
      K= Kalender
     = Susun
      M=Markas
      K= Kubu
      T= Tentera

Sumbangan dalam bidang ekonomi

     Tipah Terpaksa Cari Bantuan

      T = Terusan
      T = Tanah
     = Cukai
      = Baitulmal





   
   
   


     

No comments:

Post a Comment