1. " Bersyukurlah kepada Allah kerana kamu telah mendapat pekerjaan sebagai guru, kakitangan kerajaan
bergaji tetap dan akan dapat pencen sekiranya panjang umur".
2. " Jauhi diri dari melawan Guru Besar (hormati ketua), jika lawan ketua, kamu akan susah nanti.
Berbincanglah sekiranya menghadapi masalah, bercakaplah dengan elok dan jangan sekali-kali sakitkan
hati orang."
3. " Jauhi sama sekali ponteng bekerja, supaya halal setiap sen gaji yang kamu terima."
4. " Sekiranya kamu sakit atau kurang sihat, jika kamu masih terdaya pergi ke sekolah, kamu kena pergi,
sebab murid kamu akan terbiar sekiranya tiada guru ganti. Bekerja sebagai guru berbeza dengan bekerja
sebagai pegawai di pejabat, mereka di pejabat menghadap fail, tapi kamu menghadap murid..."
5. " Berbuat baiklah kamu dengan semua orang walaupun orang itu berbuiat jahat kepada kamu. Sedikit pun
tidak rugi jika kamu berbuat baik kepada orang, malahan kamu akan mendapat untung."
6. " Ibu tidak ada harta kekayaan yang hendak diberikan kepada kamu. Dengan kelulusan dan pekerjaan
yang kamu sudah dapat sekarang, itulah harta dari ibu. Ingatlah, setiap yang kita miliki biarlah berkat."
OUR HISTORY...
"MEREKA YANG MELUPAI SEJARAH PASTI AKAN MENGULANGINYA" -George Santayana
Sunday, May 15, 2011
Saturday, May 14, 2011
TOPIK FOKUS SPM 2011
-TAJUK TUMPUAN SPM SEJARAH 1249/2 2011
TING:4 BAB 1 | - Perkembangan bandar Harappa dan Mohenjo-Daro - Sumbangan Tamadun Indus 1. Tamadun Hwang Ho 2. Sumbangan dalam bidang sains dan teknologi |
BAB 2 | - Kemajuan perbandaran tamadun India - Sumbangan tamadun China dalam bidang pertanian |
BAB 3 ***** | 1. Kerajaan K. Maritim , Peranan Pelabuhan 2. Cara-cara Penyebaran Pengaruh Hindu Buddha di Asia Tenggara 3. Pengaruh Hindu Buddha dalam sistem pentadbiran/ Kesenian dan Sastera |
BAB 4 BAB 5 | 1. Hijrah, Kepentingan Piagam Madinah 2. Tentangan yang dihadapi oleh Nabi Muhammad s.a.w. dan cara mengatasiny 1. Pembukaan Kota Makkah dan kepentingannya. |
BAB 6 ***** | 1. Sumbangan Kerajaan Bani Umaiyah dalam bidang pentadbiran 2. Sumbangan Abbasiyah dalam bidang ilmu pengetahuan 3. Pertembungan tamadun Islam dan tamadun lain di dunia |
BAB 7 Dan BAB 8 | 2. Kesan kedatangan Islam terhadap pentadbiran 3. Pengaruh Islam dalam pendidikan di Tanah Melayu 4. Pengaruh Islam dalam perdagangan dan nilai-nilai masyarakat***/(Sistem Perundangan )SPM 2009 |
Bab 9 | 1. Zaman Gelap 2. Zaman Renaissance ( SPM 2009) 3. Penjelajahan dan penerokaan 4. Revolusi Perinduustrian |
BAB 10 | 1. Undang-undang Tanah / Akta Tanah 2. Kemasukan buruh/ imigran/Pembentukan masyarakat majmuk 3. Institusi kewangan 4. Perbandaran |
TING:5 |
BAB TING bab11BAB1 | 1. Faktor-faktor perkembangan nasionalisme di Asia Tenggara 2. Perkembangan nasionalisme Tahap 1 dan Tahap 2 di Filipina, Indonesia dan (SPM 2009),Thailand 3. Tahap nasionalisme di Thailand / Sistem Birokrasi di Filipina dan Indonesia, Thailand * Ciri seorang warganegara yang nasionalis | ||
BAB 2BAB2 | - Faktor Pemangkin nasionalisme - Penentangan di Sarawak, Kelantan dan Trengganu Gerakan Islah - Isu/ tema akhbar dan majalah, peranan akhbar dan majalah membangkitkan semangat nasionalisme. - Persatuan-persatuan Melayu | ||
BAB 3BAB3 *****B | - Ciri-ciri negara bangsa di Melaka - Warisan Kesultanan Melayu Melaka di Perak, Pahang dan Johor - Undang-undang Tubuh Johor, Undang-Undang Tubuh Terengganu * SPM 2009 - Sistem Jemaah Menteri di Kelantan - Sistem Pemerintahan Negeri Sembilan | ||
BAB 4BAB 55 | - Perjanjian Malayan Union - ikhtibar daripada peristiwa penentangan orang Melayu terhadap Malayan Union - Pembentukan Persekutuan Tanah Melayu 1948 SPM 200 Syarat Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 2957- Kepentingan PTM 1957 - Sumbangan tokoh-tokoh kemerdekaan - Keistimewaan cara TM mencapai kemerdekaan | ||
BABBBAB 6 | - Suruhanjaya Reid | ||
BABBBAB7 | 1. Lambang-lambang – Bendera Malaysia, Jata Negara, Lagu Negaraku 2. Proses penggubalan perlembagaan 3. Badan Perundangan ( Dewan Rakyat / Dewan Negara ) / Badan eksekutif | ||
BAB 8BAB8 | 2. Penyata Razak 3. Penyata Rahman Talib / Laporan Jawatankuasa Kabinet 4. Wawasan 2020 5. Akta Bahasa Kebangsaan( Usaha Mendaulatkan bahasa Melayu) | ||
BAB BBAB9 | 1. Perang Dunia Pertama 2. Dasar Luar Malaysia***/ Tiga Tahap Penggubalan Dasar Luar( *SPM 2009 3. OIC/ NAM 4. KOMANWEL 5. Globalisasi/K-Masyarakat |
Wednesday, May 11, 2011
BAHAYA KEJAHILAN DALAM HUKUM ISLAM
Setiap muslim wajib mempelajari , mengetahui, memahami serta menghayati hukum Islam. Kewajipan ini penting supaya setiap individu dapat memelihara diri dari mnelakukan perkara-perkara yang dimurkai Allah. Orang yang jahil dalam mengenali hukum agama sentiasa terdedah kepada kemurkaan Allah. Justeru kejahilannya itu mungkin ia menyangka perkara yang wajib itu haram atau tidak wajib. Manakala perkara haram dianggap wajib dan tidak haram. Lebih membimbangkan lagi kejahilan mereka itu boleh menyebabkan mereka menjadi syirik dan kufur (Waliyazubillah). maka ketika itu juga segala amalan kebajikan mereka tidak lagi diterima oleh Allah. Mereka akan menjadi orang yang rugi di dunia dan di akhirat. Oleh itu, marilah kita berusaha mempelajari hukum Islam untuk meningkatkan kefahaman serta menambahkan keyakinan dalam diri sendiri agar segala amalan yang dilakukan mendapat keredhaan Allah di dunia dan di akhirat. Insya Allah.
Subscribe to:
Posts (Atom)